Jumaat, 13 Februari 2015
Penyenggaraan berjadual dilaksana oleh penyedia perkhidmatan yang mempunyai pengetahuan dan kompetensi bagi melakukan kerja-kerja penyenggaraan sistem penyaman udara.
Sistem penyaman udara disenggara setiap bulan secara berjadual. . Jadual penyenggaraan dikemaskini setiap awal bulan.
JENIS-JENIS PENYAMAN UDARA
KITARAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS CHILLER
SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENYENGGARAANNYA
Menghalang kerosakan yang tidak dijangka – penjimatan kos penyelenggaraan dan memastikan keselesaan.
Melanjutkan jangka hayat produk – penjimatan kos penyelenggaraan dan memastikan keandalan (reliability)
Memastikan berfungsi pada prestasi optimum – penjimatan kos elektrik atau amalan kecekapan tenaga.
Memastikan kualiti udara dalam bangunan baik – kualiti hidup sihat dan sejahtera
Bagi unit penyaman udara yang terkini dan bertujuan untuk kecekapan tenaga, sistemnya mengawal pemampat (compressor) bekerja. Sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki, maka sistem akan meminimumkan compressor bekerja. Adalah dinasihatkan melaras suhu nominal pada 24 darjah celcius sahaja dan dielak kehilangan haba (e.g. pintu serta tingkap perlu sentiasa ditutup). Ini sekaligus boleh memanjangkan hayat pemampat (compressor).
Keselesaan (comfort) boleh didapati apabila suhu udara bilik adalah 24 °C (75 °F), kelembapan udara bilik adalah 50 %RH hingga 65 %RH (Relative Humidity) dan tahap kebisingan (noise level) adalah 42 dBA. Penyaman udara boleh menghasilkan udara yang sedemikian serta menyaring (filter) kekotoran atau habuk di dalam udara bilik. Hasilnya udara bilik menjadi bersih, nyaman dan bebas dari habuk.
COOLING TOWER /SISTEM PENYEJUKAN AIR ( WATER COOLED SYSTEM )
DEFINISI
Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan menggunakan peralatan
yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air yang menyerap haba dari penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan udara terbabit.
FUNGSI MENARA PENDINGIN
Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air panas
yang menyerap haba dari pemeluwap dingin – air. Sistem ini dianggap paling ekonomik di mana menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air dengan bantuan proses peredaran udara.
PRINSIP DAN BINAAN MENARA PENDINGINAN ( COOLING TOWER )
Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran
air melalui pemeluwap dingin – air, pam air dan komponen dalaman
cooling tower. Pam air akan menyedut air dari bahagian bawah takungan
dan diemparkan ke dalam pemeluwap dingin – air. Air yang bersuhu rendah
yang diemparkan itu akan menyerap haba dari bahan pendingin didalam
tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan diatas menara
pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh keatas isian atau
tambakan yang keadaanya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di
atas tambakan, udara luar yang yang bertiub dari arah tepi menara akan
membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas
menara dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses
penyingkiran haba. Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan
semula ke dalam takungan pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan
dipamkan semula ke dalam pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk
ke dalam kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan pada paip air
sebelum masuk kedalam pam air dan juga di dalam cooling tower.
Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :-a) Suhu air alur masuk : 35º C hingga 37 º C
b) Suhu air alur keluar : 30º C hingga 32 º C
c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 º C
Kuantiti air pendingin : 131/minit x tan penyejukan (1 tan penyejukan = 16 758 kj/jam)
Kitaran air menara pendingin.
MENARA PENDINGIN (COOLING TOWER) DI SERVIS SETIAP BULAN
Bagi mengekalkan prestasi menara pendingin sebagai penyejuk cekap tenaga, servis berkala dijalankan. Pemeriksaan, pembersihan dan langkah pencegahan dilakukan ke atas menara tersebut termasuk pepasangan paip, pump , motor dan lantai supaya sentiasa dalam keadaan baik. Pembersihan juga mengelakkan berlakunya pencemaran disebabkan bacteria legionella. Rawatan kualiti air dijalankan dengan suntikan bahan kimia mengikut sukatan dan dikawal oleh metering pump pada setiap cooling tower.
DI ANTARA SERVIS BULANAN YANG BIASA DILAKUKAN:-
Membersihkan perapi udara panel luar
Membersihkan penapis udara
Semakan untuk kebocoran bahan pendingin.
Memeriksa unit untuk kemerosotan bahagian
Memeriksa sistem dan keadaan beroperasi
Membersihkan paip saluran air
Mengambil bacaan arus elektrik dan tekanan gas.
Menjalankan diagnostik ke atas sistem
Menyiasat kualiti media
Langgan:
Catatan (Atom)