Khamis, 29 Januari 2015


Masalah : Aircond Kipas Outdoor sahaja yang bergerak,Compressor tidak Berfungsi

Penyebab :Kapasitor Compressor Rosak

Penyelesian :Tukar Kapasitor compressor baru

Keputusan : Aircond Berfungsi dengan baik selepas tukar kapasitor,Menguji tekanan gas dan bacaan Current.

Taman Equin 29.01.15



Jika aircond anda mengalami masalah ini...boleh la hubungi pihak kami di no. 018-9162744 atau Whatsapp  untuk temujanji dan konsultasi.

Selasa, 27 Januari 2015

Kelebihan dan keburukan Air-Cond Inverter

Kelebihan
Jika anda menggunakan air-cond dalam tempoh masa yang agak lama ( 8 jam sehari ), anda dinasihatkan untuk membeli air-cond yang mempunyai fungsi inverter.
Inverter adalah satu sistem penjimatan elektrik diantara 30%- 50% daripada penggunaan air-cond biasa.
Kegunaaan Inverter pada air-cond adalah untuk mengawal kelajuan motor mengikut suhu yang ditetapkan dan mencapai suhu yang anda kehendaki dengan lebih cepat.
Air cond inverter berfungsi lebih senyap.

Keburukan
Air-Cond yang mempunyai sistem inverter ini harganya lebih mahal.
Kos pemasangan juga agak tinggi berbeza dengan air cond biasa kerana inverter air cond menggunakan gas R410s yang lebih mahal dari harga gas air cond biasa..
Jika ruang air cond inverter yang disejukkan sering mempunyai pengguna yang keluar-masuk, kehilangan udara sejuk yang ketara boleh menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Kos penyelenggaraan aircond

AIRCOND: APA ITU INVERTER??AIRCOND INVERTER

AIRCOND: APA ITU INVERTER??AIRCOND INVERTER: APA ITU INVERTER? Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik. Maka jika anda memilih ...

APA ITU INVERTER??AIRCOND INVERTER

APA ITU INVERTER?

Air conditioner adalah salah satu peralatan rumah yang paling banyak menggunakan elektrik. Maka jika anda memilih akan memasang air conditioner di rumah, sudah sewajarnya anda akan memilih AC yang menjimatkan elektrik. Disinilah peranan teknologi inverter boleh dimanfaatkan. Untuk menjelaskannya secara mudah difahami, saya gunakan proses setting suhu sebagai contoh.

Jika di siang hari cuacanya agak panas anda memilih suhu 25° C pada AC non inverter, kompressor air conditioner automatik akan mati sendiri ketika suhu bilik sudah dibawah 25° C, dan akan hidup lagi pada saat suhu bilik naik 25°C ke atas. Hal ini akan terus berulang dan akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak terbuang sia-sia sahaja.

Selain itu gangguan oleh adanya bunyi yang terhasil dari kompressor air conditioner yang hidup dan mati berulang-ulang kali dapat dihindari sekiranya menggunakan AC inverter. Pada AC inverter, anda boleh untuk menjaga ruangan pada suhu tertentu tanpa air conditioner harus hidup dan mati berulang-ulang kali.

Pada air conditioner, teknologi inverter terintegrasi di dalam unit outdoor. Kompressor AC didalam unit outdoor mengubah tingkat kompresi refrigerant, maka dalam proses tersebut membolehkan pengaturan suhu. Pada kenyataanya, pengaturan ini diperoleh dari perubahan kecepatan motor didalam kompressor AC. Kerana kecepatan motor dapat dikontrol dengan halus pada pelbagai tingkat, inverter control membolehkan air conditioner bukan sahaja boleh menjimatkan elektrik, namun juga mampu melakukan pengaturan suhu yang lebih baik. Fungsi kunci dari inverter ini terletak pada komponen yang disebut microcontroller.