Ahad, 3 Mac 2019

AIRCOND PUCHONG

Alhamdulillah.... Rezeki Allah, Selesai 27-02-2019

✔️Service 1.0hp Daikin
(Lorong Bistari 1 PUCHONG)
✔️Leak Test Daikin 1.0hp
(Lorong Bistari 7 PUCHONG)
✔️Dismentall 2 unit 1.0 & 1.5hp (Puchong Perdana)
✔️Membekal dan memasang 1.0hp Midea (Taman Tasik Puchong)
✔️Dismentall 1.0hp Daikin inverter (Kg kenangan Puchong)

 #HnHDamai
#AfizAircondBoyz
#RepairAircond
#ServiceAircond
#Installation_aircond
#TamanTasikPuchong

Untuk Perkhidmatan boleh hubungi kami atau wasap untuk Booking slot temujanji
👉👉👉 wasap.my/60189162744

Isnin, 13 Februari 2017

Aircond puchong 2017

Untuk perkhidmatan service...repair..install boleh hubungi kami di talain  018-9162744
Atau like page kami : Aircond Puchong

Professional in Airconditioning..

Rabu, 19 Oktober 2016

AIRCOND REPAIR AND SERVICE PUCHONG


=> Boleh berkunjung ke laman Page di Facebook kami :

https://www.facebook.com/hnhdamaimulti/

atau boleh menghubungi @ whatsapp ke no 018-9162744 (hafiz)


* Beroperasi di Puchong, Lembah klang dan kawasan sekitar sama waktu dengannya.....

* khidmat nasihat dengan percuma

Jumaat, 13 Februari 2015

PENYELENGGARAAN BERKALA SISTEM PENYAMAN UDARA

Penyenggaraan berjadual dilaksana oleh penyedia perkhidmatan yang mempunyai pengetahuan dan kompetensi bagi melakukan kerja-kerja penyenggaraan sistem penyaman udara.
Sistem penyaman udara disenggara setiap bulan secara berjadual. . Jadual  penyenggaraan dikemaskini setiap awal bulan.

JENIS-JENIS PENYAMAN UDARA

centralized duet unit
Wall Maunted Unit

window unit
ceiling cassette unit

ceiling conceated with ducted unit
ceiling exposed unit


variable refrigerant flow












KITARAN SISTEM PENYAMAN UDARA JENIS CHILLER 

kitaran sistem penaman udara

SISTEM PENYAMAN UDARA DAN PENYENGGARAANNYA


sistem penyaman udara
Penyaman udara bukan sahaja bertindak sebagai pendingin. Ia juga akan memberi keselesaan dengan mengatur suhu sekeliling, tahap kelembapan,kandungan oksigen dan mewujudkan kandungan udara yang segar dari bahan-bahan tercemar. Servis berjadual dan penyelenggaraan berterusan perlu dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang terlatih bagi:-
Menghalang kerosakan yang tidak dijangka – penjimatan kos penyelenggaraan dan memastikan keselesaan.
Melanjutkan jangka hayat produk – penjimatan kos penyelenggaraan dan memastikan keandalan (reliability)
Memastikan berfungsi pada prestasi optimum – penjimatan kos elektrik atau amalan kecekapan tenaga.
Memastikan kualiti udara dalam bangunan baik –  kualiti hidup sihat dan sejahtera

16062011478.jpg  Bagi unit penyaman udara yang terkini dan bertujuan untuk kecekapan tenaga, sistemnya mengawal pemampat   (compressor)  bekerja. Sekiranya unit telah mencapai paras suhu seperti yang dikehendaki, maka sistem akan   meminimumkan compressor bekerja. Adalah dinasihatkan melaras suhu nominal pada 24 darjah celcius sahaja   dan dielak kehilangan haba (e.g. pintu serta tingkap perlu sentiasa ditutup). Ini sekaligus boleh memanjangkan   hayat pemampat (compressor).
  Keselesaan (comfort) boleh didapati apabila suhu udara bilik adalah 24 °C  (75 °F), kelembapan udara bilik adalah   50 %RH hingga 65 %RH (Relative Humidity) dan tahap kebisingan (noise level) adalah 42 dBA. Penyaman udara   boleh menghasilkan udara yang sedemikian serta menyaring (filter) kekotoran atau habuk di dalam udara bilik.   Hasilnya udara bilik menjadi bersih, nyaman dan bebas dari habuk.





COOLING TOWER /SISTEM PENYEJUKAN AIR ( WATER COOLED SYSTEM )


DEFINISI
Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan menggunakan peralatan
yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air yang menyerap haba dari penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan udara terbabit.


FUNGSI MENARA PENDINGIN
Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air panas
yang menyerap haba dari pemeluwap dingin – air. Sistem ini dianggap paling ekonomik di mana menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari pemeluwap dingin – air dengan bantuan proses peredaran udara.


PRINSIP DAN BINAAN MENARA PENDINGINAN ( COOLING TOWER )
Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap dingin – air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam pemeluwap dingin – air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh keatas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar yang yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takungan pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk kedalam pam air dan juga di dalam cooling tower.
Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :-
a) Suhu air alur masuk : 35º C hingga 37 º C
b) Suhu air alur keluar : 30º C hingga 32 º C
c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 º C
Kuantiti air pendingin : 131/minit x tan penyejukan (1 tan penyejukan = 16 758 kj/jam)

kitaran air menara pendingin
Kitaran air menara pendingin.

cooling towelmetering pump


MENARA PENDINGIN (COOLING TOWER) DI SERVIS SETIAP BULAN


Bagi mengekalkan prestasi menara pendingin sebagai penyejuk cekap tenaga, servis berkala dijalankan. Pemeriksaan, pembersihan dan langkah pencegahan dilakukan ke atas menara tersebut termasuk pepasangan paip, pump , motor dan lantai supaya sentiasa dalam keadaan baik. Pembersihan juga mengelakkan berlakunya pencemaran disebabkan bacteria legionella.  Rawatan kualiti air dijalankan dengan suntikan bahan kimia mengikut sukatan dan dikawal oleh metering pump pada setiap cooling tower.

DI ANTARA SERVIS BULANAN YANG BIASA DILAKUKAN:-


Membersihkan perapi udara panel luar  
Membersihkan penapis udara
Semakan untuk kebocoran bahan pendingin.
Memeriksa unit untuk kemerosotan bahagian
Memeriksa sistem dan keadaan beroperasi
Membersihkan paip saluran air
Mengambil bacaan arus elektrik dan tekanan gas.
Menjalankan diagnostik ke atas sistem
Menyiasat kualiti media

Khamis, 29 Januari 2015


Masalah : Aircond Kipas Outdoor sahaja yang bergerak,Compressor tidak Berfungsi

Penyebab :Kapasitor Compressor Rosak

Penyelesian :Tukar Kapasitor compressor baru

Keputusan : Aircond Berfungsi dengan baik selepas tukar kapasitor,Menguji tekanan gas dan bacaan Current.

Taman Equin 29.01.15



Jika aircond anda mengalami masalah ini...boleh la hubungi pihak kami di no. 018-9162744 atau Whatsapp  untuk temujanji dan konsultasi.

Selasa, 27 Januari 2015

Kelebihan dan keburukan Air-Cond Inverter

Kelebihan
Jika anda menggunakan air-cond dalam tempoh masa yang agak lama ( 8 jam sehari ), anda dinasihatkan untuk membeli air-cond yang mempunyai fungsi inverter.
Inverter adalah satu sistem penjimatan elektrik diantara 30%- 50% daripada penggunaan air-cond biasa.
Kegunaaan Inverter pada air-cond adalah untuk mengawal kelajuan motor mengikut suhu yang ditetapkan dan mencapai suhu yang anda kehendaki dengan lebih cepat.
Air cond inverter berfungsi lebih senyap.

Keburukan
Air-Cond yang mempunyai sistem inverter ini harganya lebih mahal.
Kos pemasangan juga agak tinggi berbeza dengan air cond biasa kerana inverter air cond menggunakan gas R410s yang lebih mahal dari harga gas air cond biasa..
Jika ruang air cond inverter yang disejukkan sering mempunyai pengguna yang keluar-masuk, kehilangan udara sejuk yang ketara boleh menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Kos penyelenggaraan aircond